nuffnang :D

Saturday, October 6, 2012

SEPTEMBER MELABUHKAN TIRAI, OKTOBER MEMBUKA LEMBARAN BARU.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..


Pejam celik pejam celik hari dah pun bersamaan dgn 6 Oktober 2012 :) September telah pun melabuhkan tirainya dan memberi ruang kepada Oktober untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Alhamdulillah Aku masih diberi peluang untuk bernafas di bulan Oktober ini. 

Banyak kenangan pd September yang dah terjadi. Pengalaman pahit, manis semua ada. Semuanya sudah tersimpan rapi didalam kotak kenangan. Sekarang tibalah bulan baru untuk mencipta sejarah baru & kenangan baru untuk ditambahkan pd kotak kenangan.

Oktober ni mcm2 yg ingin dilakukan & mcm2 persediaan yg akan dibuat & dihadapi bagi menunggu tibanya hari penentuan masa depanku pada bulan November nanti. 

Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar & dipermudahkan olehNya. kerana kita hanya insan biasa yg merancang dan percaya bahawa Tuhan yg menentukan segalanya2..

Semoga di bulan yg baru ini mampu merubah diri kita dan mampu meningkatkan daya pemikiran kita ke arah yg lebih baik dan berjaya! AMIN :)

No comments:

Post a Comment