nuffnang :D

Sunday, October 14, 2012

SAKITNYA BISA LIPAN (PART2) JUMAAT YANG MALANG! :(

SALAM..

Jumaat adalah penghulu segala hari..
Selalunya tiada apa yang akan berlaku pada setiap hari jumaat..
Tapi Jumaat kali ni (12.OCT.2012) tidak akan aku lupakan buat selama2nya..

Malang tidak berbau.. Bak kata pepatah yg pernah aku dengar sebelum ni.. Tapi kali ni aku yang terkena malang tu..
Seperti entry yg lepas.. Aku dah ceritakan aku terkena GIGITAN dari seekor Serangga berbisa yang diberi nama LIPAN.

APA ITU LIPAN?
Terdapat 1,500  jenis lipan yang berbeza saiz dan warna di seluruh dunia. Lipan yang terbesar pernah ditemui berukuran 26 sentimeter panjang dan 2.5 sentimeter lebar.
Lipan ini tinggal di kawasan beriklim tropika. Lipan besar atau lipan gergasi mempunyai kaki dan sesungut yang panjang.  Terdapat racun berbisa pada sesungutnya sebagai pelindung diri daripada musuh.  Lipan jenis ini di dapati di Texas, Amerika Syarikat. 
Lipan biasanya akan keluar  merayap-rayap pada waktu malam.  Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh.
Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua.  Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.
Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar seperti kerengga.  Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya.  Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bisa.
Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah.  Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak.  Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.  Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari. 


sumber kat atas tu aku dapat dr google search erk. 
Okay sambung balik cerita aku..

Dalam pukul 4 pagi hari Jumaat tu aku tersedar dari tidur kerana berasa sakit di bahagian pergelangan tangan dan dicelah jari tangan sebelah kanan. Tapi, aku biarkan je. Sebab masa tu baru je 4 pagi kan. Aku mengantuk sangat.
Tapi...
dalam pukul 4.30 pagi tu, aku tersedar lagi kerana merasakan sakit sangat dibahagian yg aku ckp tadi. Sakit kali ni sangat berbisa rasanya. tapi aku biarkan lagi & sambung tidur :)

Pukul 6 Pagi, aku bangun seperti biasa untuk bersiap2 ke sekolah. Aku membelek tangan aku yang sakit tu.. Cuma nampak macam kembang je. Tapi aku biarkan lagi.. sebab ingtkan gigitan nyamuk kot..
Tapi masa tu memang sakit. Oleh kerana aku nak turun ke sekolah, aku gagahkan jugak diri masa tu sbb dlm fikiran aku memang xde pape kot..

Okay. setelah smpai disekolah..
tangan aku semakin mengembang & semakin sakit & berbisa.. Tapi aku diamkan je.. xnk bagi sapa2 tau. Tapi aku terbagi tau Dayana..hehehe ape lagi minah tu memang kecoh laa dia bagi ceramah free kat aku! Tapi aku hargai dia sebab aku tau dia care. Aku bagitau cikgu & cikgu bagi ubat nasihatkan aku balik dan jumpa doctor.. Mula nya aku tolak sebab aku masih lagi mampu bertahan...
Sampai satu masa.. Kat bilik PMM..Aku rasa tangan aku dah xdpt nk diselamatkan lagi sebab berbisa sangat dan aku mnta kebenaran balik. Memang cikgu tu dari pagi lagi dh bagi kebenaran aku je yg degil sebab aku ingtkan sekejap je lepas sapu ubat terus baik ke apa.. tapi meleset sungguh apa yg aku fikirkan.. 
Makin membesar pulak dia..

So, Aku dapat ni dari Puan Pengetua

kebenaran balik.

Pengetua bagi ni sebab tangan aku memang dah membengkak sangat.
Sementara tunggu ayah aku amik, Dayana lah peneman setia aku sehinggakan dia sendiri nak teman aku berjalan kaki ke hospital! Minah ni memang senget! HAHA.

Ayah aku amik dalam pukul 9 pagi & masa tu tangan aku dah cenggini dah
arrow tu menunjukkan bengkak. tiba2 tangan aku jadi gemuk dari yg asal! 

lepas tu. Mak letak ubat & bagi aku tidur. Aku tidur sampai pukul 4 petang dan terbangun kerana tangan aku semakin berbisa.
masa tu tangan aku dah rupa macam...
tengok jari2 aku. kesemuanya membesar! mengerikan.

Oleh kerana aku dah menangis bagai nak rak mcm budak kecik! Mak aku bawak ke hospital terus ke emergency~ 

setelah buat pemeriksaan, aku diarahkan pergi ke bilik pembedahan kecil untuk diberi injection~
Gerun aku masa tu! Aku memang takut jarum. 


ni lepas injection. walaupun kecil kesannya tapi sangat sakit~

No giliran untuk kebilik doc pulak adalah 2051. Nasib baik malam tu xramai org kat hospital. Mungkin masih awal. Aku malu sangat sebab mata aku bengkak jugak sebab menangis~ haha orang tengok je aku. Aku buat je mcm biasa nak control ayu masa tu hahaha!

Masa injection tu memang aku meraung sekali lagi sebab sakit~
lepas injection, aku diarahkan untuk ke bilik doctor untuk dicheck~

Doc memberitahu aku bahawa terdapat racun serangga berbisa didalam tangan aku. Mungkin Lipan ataupun Labah2. So, dia bagi aku ubat untuk makan serta merta disitu & satu lagi suntikan! Ouchh! Dan aku diarahkan untuk buat pemeriksaan lagi Hari Isnin di Poliklinik berdekatan, 
Selepas itu , aku diarahkan ke Klinik Pakar untuk mengambil ubat.


Agak ramai orang yang menunggu untuk mengambil ubat masa tu. Aku memang tengah menahan sabar kerana tangan aku sudah berdenyut2 dan semakin terasa bisanya. Air mata aku mengalir je tapi aku segera lap kerana bimbang dek org. Malu~ haha


ni ubat yg mrk bagi! BANYAK! 
aku adalah spesis manusia yg susah sangat nk makan ubat! Satu pun aku xleh nk blah ni kan pulak cenggini banyaknya~ 
Buat pertama kalinya aku berserah je dgn telan je ubat tu ikut time. huhu..
Semua mak yang uruskan..

ni pulak keadaan lepas keluar dari hospital. masih sama. tiada apa2 perubahan.
makin sakit aku rasakan~ huu.

nak tengok muka org tgh sakit? 

masih lagi mampu beraksi! tapi tuhan je tahu betapa sakit nya tangan aku~

dan ini
perkembangan untuk hari ni (AHAD 14.OCT.2012)
memang xmenunjukkan apa2 perubahan pun. semakin bengkak dan radang pulak.

so, conclusion yg aku dpt atas musibah ni, 
Aku menghargai dan belajar memahami perasaan org OKU yg tidak mempunyai tangan. Selama aku ditimpa musibah, Mak lah yg menguruskan aku dari mandi hinggalah memakaikan baju kerana tangan aku memang xleh nak gerak langsung, Itu lah ibu. Sentiasa ada walau kita berada dalam kesusahan. Terima Kasih Ibu!

Sungguh, sekiranya aku diberi pilihan, aku tak ingin dihinggapi apa2 musibah kerana SPM akan menjelang xlama lagi. huhu. 
Mujur xde pape yg buruk berlaku kat aku & masih lagi bernafas sehingga ke hari ni walaupun bisa masih terasa.

p/s : Berjaga2 lah wahai kawan2. Jangan anggap serangga sekecil itu tidak berbahaya! Jangan pandang ringan.

Selamat membaca.




2 comments:

  1. Tu kena ditangan...cuba bayangkan yg kena sengat kat tengkuk masa tengah tidor...lipan tu masih melekat kat kulit dgn buih air liur dia bercampur darah kita.....berganda hebat sakitnyer...rasa mcm nk tercabut kepala dari badan....penawarnya dgn abu lipan tu sendiri...tu pun kalau dpt tangkap la....sampai sekarang bekas gigitan dia tu ada lg...rasa gigitan lipan tu...peritnya sama mcm kuku kucing cakar pada kulit....masa tu tidur meniarap....pastu ada kucing yg ngempeng kat kepala....

    ReplyDelete
  2. haiii cantiknye awk...bleh knalan tak?

    ReplyDelete