nuffnang :D

Wednesday, October 24, 2012

TAK DAPAT NK UPDATE DULU

Salam 1 Malaysia.

Maaf kepada semua pembaca & blogger2 sekalian..
Azie xdpt update dulu buat masa sekarang kerana laptop tengah rosak! Hahaha
Xbiasa update guna pc sbb dh trbiasa dgn laptop. Ni pun cuba guna tab nk update
Janggal je rasanya.
Byk benda nk kongsi tapi masalah2 teknikal menghalang semuanya
Maaf ye kawan2..
Teruskan membaca!
Azie sayang semua!
Owner : AZIEAZIEAZIE

Sunday, October 14, 2012

SAKITNYA BISA LIPAN (PART2) JUMAAT YANG MALANG! :(

SALAM..

Jumaat adalah penghulu segala hari..
Selalunya tiada apa yang akan berlaku pada setiap hari jumaat..
Tapi Jumaat kali ni (12.OCT.2012) tidak akan aku lupakan buat selama2nya..

Malang tidak berbau.. Bak kata pepatah yg pernah aku dengar sebelum ni.. Tapi kali ni aku yang terkena malang tu..
Seperti entry yg lepas.. Aku dah ceritakan aku terkena GIGITAN dari seekor Serangga berbisa yang diberi nama LIPAN.

APA ITU LIPAN?
Terdapat 1,500  jenis lipan yang berbeza saiz dan warna di seluruh dunia. Lipan yang terbesar pernah ditemui berukuran 26 sentimeter panjang dan 2.5 sentimeter lebar.
Lipan ini tinggal di kawasan beriklim tropika. Lipan besar atau lipan gergasi mempunyai kaki dan sesungut yang panjang.  Terdapat racun berbisa pada sesungutnya sebagai pelindung diri daripada musuh.  Lipan jenis ini di dapati di Texas, Amerika Syarikat. 
Lipan biasanya akan keluar  merayap-rayap pada waktu malam.  Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh.
Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua.  Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.
Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar seperti kerengga.  Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya.  Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bisa.
Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah.  Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak.  Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.  Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari. 


sumber kat atas tu aku dapat dr google search erk. 
Okay sambung balik cerita aku..

Dalam pukul 4 pagi hari Jumaat tu aku tersedar dari tidur kerana berasa sakit di bahagian pergelangan tangan dan dicelah jari tangan sebelah kanan. Tapi, aku biarkan je. Sebab masa tu baru je 4 pagi kan. Aku mengantuk sangat.
Tapi...
dalam pukul 4.30 pagi tu, aku tersedar lagi kerana merasakan sakit sangat dibahagian yg aku ckp tadi. Sakit kali ni sangat berbisa rasanya. tapi aku biarkan lagi & sambung tidur :)

Pukul 6 Pagi, aku bangun seperti biasa untuk bersiap2 ke sekolah. Aku membelek tangan aku yang sakit tu.. Cuma nampak macam kembang je. Tapi aku biarkan lagi.. sebab ingtkan gigitan nyamuk kot..
Tapi masa tu memang sakit. Oleh kerana aku nak turun ke sekolah, aku gagahkan jugak diri masa tu sbb dlm fikiran aku memang xde pape kot..

Okay. setelah smpai disekolah..
tangan aku semakin mengembang & semakin sakit & berbisa.. Tapi aku diamkan je.. xnk bagi sapa2 tau. Tapi aku terbagi tau Dayana..hehehe ape lagi minah tu memang kecoh laa dia bagi ceramah free kat aku! Tapi aku hargai dia sebab aku tau dia care. Aku bagitau cikgu & cikgu bagi ubat nasihatkan aku balik dan jumpa doctor.. Mula nya aku tolak sebab aku masih lagi mampu bertahan...
Sampai satu masa.. Kat bilik PMM..Aku rasa tangan aku dah xdpt nk diselamatkan lagi sebab berbisa sangat dan aku mnta kebenaran balik. Memang cikgu tu dari pagi lagi dh bagi kebenaran aku je yg degil sebab aku ingtkan sekejap je lepas sapu ubat terus baik ke apa.. tapi meleset sungguh apa yg aku fikirkan.. 
Makin membesar pulak dia..

So, Aku dapat ni dari Puan Pengetua

kebenaran balik.

Pengetua bagi ni sebab tangan aku memang dah membengkak sangat.
Sementara tunggu ayah aku amik, Dayana lah peneman setia aku sehinggakan dia sendiri nak teman aku berjalan kaki ke hospital! Minah ni memang senget! HAHA.

Ayah aku amik dalam pukul 9 pagi & masa tu tangan aku dah cenggini dah
arrow tu menunjukkan bengkak. tiba2 tangan aku jadi gemuk dari yg asal! 

lepas tu. Mak letak ubat & bagi aku tidur. Aku tidur sampai pukul 4 petang dan terbangun kerana tangan aku semakin berbisa.
masa tu tangan aku dah rupa macam...
tengok jari2 aku. kesemuanya membesar! mengerikan.

Oleh kerana aku dah menangis bagai nak rak mcm budak kecik! Mak aku bawak ke hospital terus ke emergency~ 

setelah buat pemeriksaan, aku diarahkan pergi ke bilik pembedahan kecil untuk diberi injection~
Gerun aku masa tu! Aku memang takut jarum. 


ni lepas injection. walaupun kecil kesannya tapi sangat sakit~

No giliran untuk kebilik doc pulak adalah 2051. Nasib baik malam tu xramai org kat hospital. Mungkin masih awal. Aku malu sangat sebab mata aku bengkak jugak sebab menangis~ haha orang tengok je aku. Aku buat je mcm biasa nak control ayu masa tu hahaha!

Masa injection tu memang aku meraung sekali lagi sebab sakit~
lepas injection, aku diarahkan untuk ke bilik doctor untuk dicheck~

Doc memberitahu aku bahawa terdapat racun serangga berbisa didalam tangan aku. Mungkin Lipan ataupun Labah2. So, dia bagi aku ubat untuk makan serta merta disitu & satu lagi suntikan! Ouchh! Dan aku diarahkan untuk buat pemeriksaan lagi Hari Isnin di Poliklinik berdekatan, 
Selepas itu , aku diarahkan ke Klinik Pakar untuk mengambil ubat.


Agak ramai orang yang menunggu untuk mengambil ubat masa tu. Aku memang tengah menahan sabar kerana tangan aku sudah berdenyut2 dan semakin terasa bisanya. Air mata aku mengalir je tapi aku segera lap kerana bimbang dek org. Malu~ haha


ni ubat yg mrk bagi! BANYAK! 
aku adalah spesis manusia yg susah sangat nk makan ubat! Satu pun aku xleh nk blah ni kan pulak cenggini banyaknya~ 
Buat pertama kalinya aku berserah je dgn telan je ubat tu ikut time. huhu..
Semua mak yang uruskan..

ni pulak keadaan lepas keluar dari hospital. masih sama. tiada apa2 perubahan.
makin sakit aku rasakan~ huu.

nak tengok muka org tgh sakit? 

masih lagi mampu beraksi! tapi tuhan je tahu betapa sakit nya tangan aku~

dan ini
perkembangan untuk hari ni (AHAD 14.OCT.2012)
memang xmenunjukkan apa2 perubahan pun. semakin bengkak dan radang pulak.

so, conclusion yg aku dpt atas musibah ni, 
Aku menghargai dan belajar memahami perasaan org OKU yg tidak mempunyai tangan. Selama aku ditimpa musibah, Mak lah yg menguruskan aku dari mandi hinggalah memakaikan baju kerana tangan aku memang xleh nak gerak langsung, Itu lah ibu. Sentiasa ada walau kita berada dalam kesusahan. Terima Kasih Ibu!

Sungguh, sekiranya aku diberi pilihan, aku tak ingin dihinggapi apa2 musibah kerana SPM akan menjelang xlama lagi. huhu. 
Mujur xde pape yg buruk berlaku kat aku & masih lagi bernafas sehingga ke hari ni walaupun bisa masih terasa.

p/s : Berjaga2 lah wahai kawan2. Jangan anggap serangga sekecil itu tidak berbahaya! Jangan pandang ringan.

Selamat membaca.




PRA PERKAHWINAN PEMAIN BADMINTON NO.1 MALAYSIA. LEE CHONG WEI

SALAM..

Jika entry yang lepas pasal perkahwinan LIN DAN , pemain badminton no.1 NEGARA click link untuk maklumat lanjut

Entry kali ni nak share pasal PRA PERKAHWINAN pemain badminton no.1 MALAYSIA iaitu 
DATO' LEE CHONG WEI & pasangannya , bekas pemain badminton WONG MEI CHOO

ini lah bakal pengantin :)

perkahwinan ala2 barat yang diaspirasikan di tepi pantai..



ni je sharing untuk pra perkahwinan. nanti update pulak untuk Perkahwinan sekiranya perkahwinan telah berlangsung! harap bersabar :) 
SEKIAN!


LISA SURIHANI BUAT SORE EYES PUNYA PART!



SALAM..



Apa dah jadi ni semua artis pun dah kena penyakit berjangkit video asal MC 5 hari dari Nur Feetri yang sangat popular sebelum ini. Lebih banyak kutukan yang diterimanya, lebih rajin dia buat video. Memang kental jiwa budak tu. Apa yang penting popular ye tak? Macam Justin Bieber la kiranya. Makin ramai yang benci, makin popular pula dia sampai jadi billionaire di waktu muda. Dari Youtube aje kot?
Kalau sebelum ini, Nora Danish dan Adi Putra noradanish&adiputra juga pernah melakukan parody untuk video MC 5 hari ini, kali ini giliran Lisa Surihani pula untuk melakukannya. Check diz out!


comel kan? tengok vid ni! lepas ni artis mana pulak yg nk buat? haaa! 

sumber dari : oh.artis!

SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Salam..
hari tu kan.. masa tgh revise buku sejarah form 4 bab Pembukaan Kota Mekah ternampak lah satu rajah mengenai salasilah Nabi Agung kita iaitu Muhammad bin Abdullah.

SIAPAKAH MUHAMMAD?
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk "Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan penama-penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW

UNTUK TATAPAN SEMUA :) 

ini lah rajah yg aku jmpa dalam buku teks sejarah form 4 :)
salasilah keturunan nabi Muhammad.

untuk maklumat lebih lanjut sila click link ni.

PECUTAN AKHIR SPM!

SALAM..

Memandangkan hanya tinggal 21 hari je dr skrg untuk SPM banyak latih tubi yg cikgu bagi untuk pecutan akhir.

Okay. Nak dipendekkan cerita.. hari tu aku & kawan2 yg 20 top students kt sekolah haritu dapat 6 buku free setiap seorang untuk matapelajaran asas iaitu BM,BI,MATH,SCS,SEJ & PAI.
Tujuan buku ini diagihkn adalah untuk membantu kami utk membiasakan diri membuat latihan serta meningkatkan lagi pencapaian..


ni la contoh buku yg telah diagihkan tu. buat masa ni aku dh start buat latihan dlm tu :)

thanks to cikgu2 yg bsusah payah bagi ni. kami menghargainya :)

p/s : SEMOGA BERJAYA CALON SPM!

MAKAN UNTUK HIDUP!

SALAM.

boring nye hari ni.. Hujan kat luar dr pagi sehingga kini turun tanpa henti... Rahmat Allah kan? Alhamdulillah.

Tapi ada satu benda yg buat aku memang xleh nk duduk diam time hujan! 
nak tahu apa? MAKANAN! time2 gini memang aku sgt perlukan makanan~ Asal hujan je memang aku akan automatik lapar! 
Apa punya perut la ni~ hahah~

Baru je aku siap buatkan satu resipi tengahari tadi.
BANANA CHEESE! 

heeee. tapi mak aku yg beli pisang goreng. Aku cuma g tambahkan susu pekat & cheese parut je kt atas tu. hehehe. sedapp wo! terbaikk sangat time hujan ni!  :)

dan ini! 

mee goreng AREEZA CAFE!

AREEZA CAFE tu kedai makan keluarga hasil perkongsian mak aku & aunty aku :)
Sedap tau mee ni. ni favourite food aku kalau makan kt kedai mak aku tu. 

tapiiiiiiiiiii... aku xmkn pun mee goreng tu sebab ada seorang hamba Allah yg kejam sangat makan xtinggal kat aku :(

ABANGGGGGGG! 

Abg aku yg pergi melahap semua mee goreng tu~ huuu @-@

okay sekarang nak pergi suruh mak buat meggi lak. sebab lapar. tgn aku xmengizinkn aku buat keje dulu . hehehe. sekian.

THANKS AUNTY NORHASLIN BT ANUAR! ♥

SALAM..

Entry kali ni aku tujukan khas buat Ibu kepada sahabat baik aku, Dayana Zaqqirah. Pernah aku tulis satu entry tntg sahabat aku ni kalau korang dah habis mnerjah ke blog aku la. hehe~

Okay nak dipendekkan cerita..
Satu hari tu aku bermimpi makan satu masakan yg mama Dayana ni buat masa aku pergi rumah dia hari tu. Memang aku teringin sangat nk makan tapi aku xpandai nk buat. Jadi, sbagai permulaan di satu pagi Khamis, Aku pun bgn la awal utk menyediakan bekal ke sekolah. Memang aku bawa bekal sebb malas nk ke Kantin masa rehat. Jarak kantin dgn kelas aku agak jauh. 
So, hari tu aku pun cuba la buat makanan tu & bawa ke sekolah. tapi lain pulak yg jadi~ Aku tersalah lak. resipi tu spttnya xde bawang tp aku pandai2 je g letak bawang hahaha!
Memang hancuslah aku hari tu diketawakan Dayana~ Sabar je la kan? 

Dan keesokan harinya (Jumaat) hari di mana aku menerima nasib malang. nanti aku citer lak pasal nasib malang tu erk. 
Dayana : ada mama kmk polah makanan ya pakey ktk tek!
Aku : aieh? makanan apa? 
Dayana : nak marek yalah nak pusuk ya ktk salah polah ya bah
Aku : ohhh aie ktk tok nyusah mama ktk jak~ 
Dayana : sikpa. nya pun nk polah k ktk.

Hmmmm budak tu memang sengal! Boleh lak dia susahkan mama dia buat makanan tu~ huu rasa bersalah pulak aku rasa. Tapi xpe kan? Rezeki xleh nk tolak~ hahah~ Mungkin sebab tu jugak aku kempunan hari tu sbb dah mimpi tp xdpt makan. Mujur mama dayana bagi tapi selepas aku menerima nasib malang~ -,-

Selepas aku mendapat kebenaran balik hari tu sebab mendapat nasib malang, aku pun makan la makanan tu walaupun makan guna satu tangan & sudu! xsyok sbnarnya mkn guna sudu ni~ tp apakan daya~

byk gak aku explain ni! mesti korang nak tau apa makanan tu kan? 

ni ha. yg kt atas tu la makanan yg aku mksudkn. Aku pn xtau nk explain nama masakan tu. isi kandungan nya adalah ikan bilis,cili padi,kicap & limau.
Aku mkn dn nasi lemak haritu hehehe Sedapp tauuu~ walaupun sakit aku ttp berselera! 
benda ni yg buat aku kempunan dpt gak aku merasa~

THANKS AUNTY NORHASLIN SEBAB DAH BUAT KEINGINAN JADI KENYATAAN!
(walaupun selepas dpt nasib malang) heheehe.

KEHIDUPAN SEORANG HAMBA ALLAH.ANAK.REMAJA.GADIS&PELAJAR

SALAM.

1st entry setelah beberapa hari cuti sakit ni. hehe.
Walaupun hanya menaip menggunakan hanya sebelah tgn,aku gagahkn jugak jari2 ni menari di atas keyboard laptop ni :)

Entry kali ni aku nk share psl kehidupan yg aku lalui semenjak menjadi seorang hamba Allah meerangkap anak remaja dan juga seorang gadis & pelajar :)

Actually, Aku nk kongsi pasal hari2 aku turun pergi sekolah je. hehe. Menempuh traffic jam yg agak dasyat jugak tp xde la seteruk jam d semenanjung yg biasa kita tengok kn?

Tiap2 5kali seminggu aku turun kesekolah seawal 6.45 pagi memandangkan p&p kami bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.. Ayah aku yg akn hantar memandangkan tmpt kerja ayah aku pun xde la jauh sangat dr sekolah.

Aku xdpt nk type bebanyak ni. Aku share pics je la dgn korang erk? :)

first traffic jam akn berada di kawasan sekolah ST JOSEPH & ST TERESA.

kat sinilah memang ayah aku akn merungut dgn pemandu2 yg xpndai nk btolak ansur. Tapi memang lumrah lh kn. Kawasan sekolah mmg slalunya akn jem lebih2 lagi kalau sekolah kt tepi2 jalanraya.

ni SMKST.TERESA. sekolah yg aku lalu tiap2 hari masa otw ke sekolah aku. ST.JOSEPH terletak berdepan dgn skolah ni tapi xsmpt nk amik pic haritu.

dan ini...
traffic light ketiga sebelum sampai kesekolah aku. Pics kat bawah tu balai bomba yg berdekatan dgn sekolah aku :)


ni traffic light terakhir ! nmpak yg warna biru tu? tu la nama sekolah aku! KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

okayy dah nk sampai!
handphone aku tinggalkan kat dalam kereta je. 

dan yang iniii sebelum keluar kereta!

menyempat lagi! haha!


okay! tu je untuk entry kali ni :)
selamat membaca!

Saturday, October 13, 2012

BERHEMPAS PULAS!

SALAM..
Hari ni aku mesti update wlaupun tgn aku masih lagi sakit! Aku nk update yg minggu ni cause minggu dpn (esok) mungkin xdpt nk update sbb dah start exam untuk 3rd trial.. So busy sikit g pun dlm keadaan tgn aku cenggini memang susah sikit.
 Tunggu kemunculan entry trbaru sekejap lagi k.
Take time sikit sbb amik masa nk type guna sebelah tgn jee..
thanks!

Friday, October 12, 2012

SAKITNYA BISA LIPAN!

SALAM..

entry kali ni nk cite psl Azie yg kena "kiss" dek lipan malam semalam masa tgh tidur. Ya Allah bisanya memang tiada tandingan,, ni tgh sakit sangat tgn. taip pun gna tgn kiri je. Nak bagitau je nanti Azie update pics and info lain erk . xboleh nk menaip sangat ni. bisa nya masih berkesan. doakan Azie k kawan2? Assalamualaikum.

Thursday, October 11, 2012

CUTI "MENAIP" .

SALAM...

Hari ni hari Khamis malam Jumaat! 
Ada apa erk? Hantu?  
Ohh mengarutnye.. hahaha

Mukadimah yg xbrapa nk buat org ketawa.. saja je .
Aku nk maklumkan yg aku cuti menaip untuk beberapa hari sebab tgh busy utk persiapan SPM yg bakal menjelang~
Mungkin esok atau lusa aku mula update balik untuk minggu ni okay?

See ya ! Assalamualaikum!

Tuesday, October 9, 2012

KOLEKSI 'DADAH' TERBARU AKU!

Salam..

pernah kan aku share psal hobi aku sebelum ni? kalau korang belum lagi sempat menerjah ke entry2 aku yg lepas tu, ni sila  click sini kawan2!.

Dan kelmarin! Aku dapat g yang baru dari Abangku! Well org tgh sakit kan? memang kena bagi hadiah pon. dapat lah 'dadah' tu memang mcm dah baik terusss la aku! hahahah~ 
Kali ni aku dpt 2 sekaligus! besttt! Happy sangattt! melebar je senyum aku dpt benda tu! mcm kera dapat buah kelapa lagaknya.. hahaha~

Mesti korang xsbr nk tgok dadah aku yg baru kan? Aku pun dh xsbr nk share kt korang..
thanks abang! iloveyouuumuchmuch! 

ni 'dadah' aku untuk minggu ni! minggu depan insyallah aku dah 'aim' yg lain kat satu kedai ni. heheheh.
tunggu lah entry terbaru minggu depan untuk mengetahui koleksi 'dadah' terbaru aku! :)

thanks for reading! :D

2 DAYS OF MC's~

Salam..

Masuk hari ni dah 2 hari aku cuti & tidak menghadirkan diri ke sekolahhh disebabkan demam & asthma aku yg menyerang kembali disebabkan cuaca yg tidak menentu di Kuching. Kuching sekarang ni tgh dilanda JEREBU yg teruk!~ 
Oleh disebabkan itu lah aku ni terkena tempiasnya. Aku memang jenis yg sensitif lebih2 lagi keadaan cuaca yg sebegini. Aku ada Asthma sebab tu xleh nk kena dgn cuaca atau keadaan yg berdebu dan terlalu panas boleh membuatkan aku sesak nafas huuu -,- Sakit memang tersangat sakit lah sekarang ni. kalau diikutkan hati memang aku xnk x turun sekolah memandangkan hanya tinggal beberapa hari je nk SPM tapi apakan daya aku manusia biasa yang mempunyai antibody yg sangat lemah! 
Aku pergi ke klinik Saadiah untuk mengambil mc's dan dia bagi aku 2 hari mc's. Dia nak bagi seminggu tapi aku xnk! Aku ckp je aku dh okay! xnk aku semingguu! Aku boleh bayangkan kalau seminggu memang aku terlepas banyak bendaaa~ 
Biar aku sakit asalkan aku tidak ketinggalan dlm pelajaran.. SPM penentu hidupku. xsggp aku bayangkan kalau aku xdpt achieve apa yg aku nak... ohh noo.. 
Aku berada kat klinik hari ni lebih kurang 2 jam! sebab ramai org. Aku pergi pun setakat nk amik mc je sbb ubat aku memang dh ada khas utk penyakit aku haha~ 
Sempat gak aku tngkp pics dlm klinik tu tadi..

Dr yg bertugas ialah doc Saadiah sendiri kerana disebelah malam akan  diganti dgn doc lain.. Aku memang dh trbiasa dgn doc ni sbb dia lemah lembut org nya. hehehe. 

Banyak benda yg aku terlepas kat sekolah 2 hari ni! xsbar nak turun esok! Mudahan esok aku dpt meneruskan persekolahan krn aku dh boring berada d rumah dan berulang ke hospital/klinik. boringg~~~

Doakan aku ya teman2 blogger ku! sayang korang! nnti sambung g. makan dulu! bye2! :D

BILA 'ORANGTUA' MASUK HOSPITAL! HAHA -,-

SALAM..

entry kali ni nk cite pasal seseorang yg aku dh anggp mcm abang sendiri masuk hospital! haha!
Org masuk hospital aku boleh g layan gelak kan? Dia bukan lah sakit tenat just buang tonsil je tapi boleh dianggap teruk gak kan? hehehe. 
Nama dia JAD HAZIQ JIMMY! Aku kenal dia almost 4 tahun dah masuk tahun ni. Dia seorang abg yg sgt memahami dan sangat kelakar! Dia besar tau! sangat besar! Aku lah org paling beruntung sebab aku yg paling kecil diantara yg terbesar dpt didukung! hahaha~ tapi tu dulu masa aku kecik kecik haha sekarang pun masih g kecik aku ni xpernah nk membesar2 dan ketinggian tetap sama. 

Opppss terlebih sudahh. Aku nk cite pasal hari tu kan abg kesayangan aku ni masuk hospital. Dia masuk hari Jumaat yg lepas. Aku balik jer dari sekolah direct ke Normah Medical Centre dgn seorang lagi abg yg tidak beregister dan seorang kakak yang jugak xberegister iaitu Nuar & Eida :D 

Lebih kurang 3 petang kami kat hospital sehinggalah pukul 5 petang sementara menunggu Sis Jasmin ( Adik Jad) untuk mengganti memandangkan Ina ( adik jad paling bongsu) je yg tinggal. Kesian pulak kat budak tu sorang2 jga abg dia. hehehe. kami bertiga pun volunteer lah kat mummy jad nk jaga buat sementara waktu.. huuuu~~ 
Boring sangat xtau nk wat pe mujur lah ada wifi dr iphone jad dpt gak online kejap pastu nak tau aku & eida wat pe

ni haa melayan ninja kids! best tau! selalu nya tengok yg kartun je ni tgok yg real punyaaa. 

sambil2 tu sempat gak aku amik pics abg aku yg xregister ni tgh sakit. hohoho~

kesian kan? GF dia xde di sisi masa tu GF dia xdpt ikut atas urusan kerja. 

get well soon bro! :)

"YA ALLAH! ULAR!"

SALAM..

Hari ni aku nk share pasal Ular. Apa itu Ular?

Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).

hari tu.. tergerak hati untuk lepak lepak kat rumah cousin aku kat sebelah rumah je. Masa aku tengah duduk dgn uncle aku kan.. tiba tiba tu.. "YA ALLAH ULARRR! YANGG ULARR!" aunty aku menjerit panggil uncle aku. Tetiba je dgn sepantas kilat aunty aku dh ada kat depan kami dgn tercungap2 cakap ada ular kt dlm bilik dia. Aku wat xtau je sbb aku memang tkt dgn binatang yg satu tu buatnya aku dibahamnya sebab aku xtau lagi size dia kan. hahah~ 
So uncle aku pun pergila dlm bilik dia untuk cari ular yg aunty aku maksudkan.. Aunty aku dah menangis2 dah. Aunty aku memang gitu xleh nk terkejut sikit memang terus menangis lah. Aku masih berada di tempat yg sama sebab xbrani nk tengok. 15 minit uncle aku dlm bilik masih gak xjumpa ular tu. Dia keluar dan cari 'torchlight' dan masuk semula dalam bilik.Suluh punya suluh tiba2 dia nampak ular tu dan nasibb baik ular tu xdpt nk lari sebab uncle aku kepit dgn penyepit. hahaha, Begitu la kisah dia. ular tu pun sebesar ibu jari tapi boleh lah menakutkan sebab panjang ueww aku memang xleh dgn ular ni. tapi aku sempat gak amik sikit pic ular tu. 

ular yg aku sendiri xtau nama berwarna hitam putih. ignore je mata uncle aku yg tertutup tu haha.

tu je. jangan main2 dgn ular bisanya tiada tandingan! thanks and keep reading!

A SIMPLE GIFT BUT MEANINGFUL FROM A SPECIAL ONE! ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia blogger2 sekalian! 

Hari ni nak share pasal something yang sangat berharga buat aku :)

Pada Jumaat yg lepas, aku telah mendapat satu hadiah yg pada pandangan mata kasar memang xde pape pun biasa je & x berharga buat korang.. Tapi kan bagi aku benda yg aku dapat tu sangat berharga dan xakn aku lupakan.. nak tau aku dapat apa dan dari siapa? 




aku dapat topi ni! memang xberharga kan bagi korang? Aku anggp benda ni berharga sangat sebab aku dpt dr org yg aku sayang :) nak tau sape?

aku dapat topi tu dari PUAN ATIFAH BINTI MOHD :)
ex guru kelas aku last year. Cikgu ni ckp topi ni dia bagi sempena perpindahan dia ke semenanjung tahun depan & buat aku yg xde lagi kt sekolah tu tahun depan. 

Cikgu ni baik tau. tapi boleh tahan garang. Dia dah kahwin dah dalam tahun ni. sbb tu dia nak sgt pindah semenanjung spy dekat dgn suami dia :) Aku doakan cikgu ni dpt la transfer..

okay berbalik pada pemberian dia tadi. Aku bersyukur dan gembira walaupun hanya sekadar topi untuk pergi ke pantai. hahaha~ Tapi memadailah aku punya kenangan dari seorang guru kepada muridnya kan? 


sempat gak amik pic dgn margaret hari jumaat lepas dgn topi ni. Tapi tempat memang xstrategik! dalam toilet! 

p/s : TERIMA KASIH CIKGU. GOD BLESS YOU ALWAYS! SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANMU. AMIN.

PENYESALAN.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA!

Hari ni aku nk share pasal exam online aku yg lepas! Pernah kan aku share sebelum ni? Pandai2 korang cari dekat entry aku yg lepas tu. 
Okay. xnk cite pnjang2.. Aku menyesal sangat sebabbbb terlepas exam tu! Aku lupaaa laa hari tu. Aku sempat amik paper BI je! :( sedih2. Aku bayangkan kalau aku terlepas amik SPM yg sebenar? mcm mana erk? aaaa xpelah kan. Tapi tetap gak dpt sijil dr Tutor Tv! hehehe. Xpenting sgt pun cuma aku terkilan sikit la sebab excited nk duduk exam online hari tu. 

ni keputusan untuk English's paper aku. hahaha B je aku dpt! LOL -,-


Korang kalau nk buat revision baik pergi tutor tv sekarang! byk info tau~ 

thanks for reading! :D

APA ITU KUCING? APA KAITANNYA KUCING DGN ISLAM?


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.
hari ni nak share pasal kucing lak. hehehe. Check it out!

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

KUCING DAN ISLAM

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu

Itulah cerita disebalik cerita kucing ni.. Korang ingt tau! Jangan sesekali buat jahat kat kucing. Kucing itu kesayangan nabi dan kucing juga mampu mendoakan kehidupan kita di akhirat kelak. 

Aku nak share pic kucing buat tatapan korang! orang rumah aku pun suka bela kucing termasuk uncle,aunty serta cousin aku yg tak minat kucing pun sekarang dah minat sangat kat kucing! nak tengok? meh sini!


take 1

take 2 ( ada beruk sekali ) package. hahaha~

ini shemus! 

dan ini...

budak penyibuk! aa dia sibuk gak nk kacau time aku tgh amik pics. sayang budak ni! Abril Asyraf :)

p/s : kesimpulannya, jangan buat jahat kat mana2 binatang tau! mereka pun hamba Allah mcm kita. Hargai mereka. Walaupun tidak menampakkan balasan d dunia. di akhirat insyALLAH.

thanks for reading!

Monday, October 8, 2012

" I AM BLOGGER t-shirt for SALE ! "

Assalamualaikum.. 
tadi kan masa tgh revise2 comment dr blog sis lysa yg ikut segmen hari tu.. ternampak lah comment dari http://sampaicucuratap.blogspot.com ni.. tetarik dgn entry dia pasal tshirt blogger.. Aku memang nk tshirt tu satu.. so, ni buat entry sbb nya dapat sulam nama free., hehehe. korang kalau nk pun boleh join! rugi kalau dilepaskan peluang ni.. 



HARGA : RM30 (lengan pendek) sehelai termasuk pos
RM33 (lengan panjang) sehelai termasuk pos
WARNA : hitam sahaja
SAIZ : XXS hingga XXXXL (semua saiz ada)

kalau korang nak jugak macam yang Azie buat ni.. boleh lah ikuti cara2 seperti dibawah yer!


DAPATKAN SULAM NAMA PERCUMA !!
dengan cara

1. buat satu entri bertajuk " I AM BLOGGER t-shirt for SALE ! "
2. kemudian letakkan gambar di atas kemudian LINKkan ke blog sampaicucuratap
3. copy link entri dan letak di ruangan comment

nak info lebih lanjut? boleh lah click blog kakak ni okay? sampaicucuratap.blogspot.com

thanks! :D


Saturday, October 6, 2012

SEPTEMBER MELABUHKAN TIRAI, OKTOBER MEMBUKA LEMBARAN BARU.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..


Pejam celik pejam celik hari dah pun bersamaan dgn 6 Oktober 2012 :) September telah pun melabuhkan tirainya dan memberi ruang kepada Oktober untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Alhamdulillah Aku masih diberi peluang untuk bernafas di bulan Oktober ini. 

Banyak kenangan pd September yang dah terjadi. Pengalaman pahit, manis semua ada. Semuanya sudah tersimpan rapi didalam kotak kenangan. Sekarang tibalah bulan baru untuk mencipta sejarah baru & kenangan baru untuk ditambahkan pd kotak kenangan.

Oktober ni mcm2 yg ingin dilakukan & mcm2 persediaan yg akan dibuat & dihadapi bagi menunggu tibanya hari penentuan masa depanku pada bulan November nanti. 

Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar & dipermudahkan olehNya. kerana kita hanya insan biasa yg merancang dan percaya bahawa Tuhan yg menentukan segalanya2..

Semoga di bulan yg baru ini mampu merubah diri kita dan mampu meningkatkan daya pemikiran kita ke arah yg lebih baik dan berjaya! AMIN :)

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia! 

tadi kan masa aku tengah buat blog-walking kt blog sis dedeq tadi ,sis dedeq's blog! ternampaklah segmen sis Lyssa ni. hati ni mcm tergerak je nk join oleh kerana xde apa nk buat hari sabtu ni~



entry korang mestilah memasukkan maklumat2 yg berikut yer!

kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la ..

1 - kenapa korang brblog?
jawapan : mula2 tu hanya untuk suka2 & dalam masa yg sama mencari pendapatan sampingan untuk diri. tapi setelah lama dalam dunia blogging ni jadi mcm addiction pulak & yg paling penting adalah untuk berkongsi kisah kehidupan untuk tatapan semua serta tempat untuk melepaskan rasa suka,sedih geram & sebagainya..

2 - macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging?
jawapan - blog ni saya mula2 kenal melalui seorang sepupu yg memang sudah lama dalam dunia blogging ni. So, dia pun menyarankan saya agar membuka satu account untuk blogging. Dari situ lah saya boleh terjebak dgn dunia blogging ni dari dulu sampai la sekarang.

3 - Apa tujuan utama/asal korang berblog?
jawapan - tujuan utama saya berblog adalah untuk mencurahkan segala isi hati yg tidak dapat diluahkan kepada sesape. Selain itu, untuk berkongsi pelbagai perkara untuk tatapan umum di samping menambahkan pengetahuan dgn menjalankan aktiviti blog walking. hehehe.

4 - Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
jawapan - blog saya menarik kerana pelbagai kisah yg saya kongsikan untuk tatapan umum bukan sahaja tentang kehidupan seharian tetapi berkongsi jugak tips2 yg baik buat semua peringkat umur. Kisah kehidupan saya yg saya lalui sepanjang saya berblog & mcm2 lagi perihal peribadi mahupun umum :)

5 - siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging
jawapan - sepupu saya adalah sumber inspirasi saya kerana dialah yg memperkenalkan saya dgn blog & dia jugalah yg mgajar saya untuk blogging! &tidak lupa jugak kat teman2 blogger yg sangat aktif dlm mengupdate dan tips2 yg diberi memang terbaikkk! 

SEGMEN berlangsung pada : 06 Oktober 2012 - ( 9.00 pagi - 9.00 malam ) - 12 jam sahaja 


SELAMAT MENCUBA!!