nuffnang :D

Tuesday, October 9, 2012

"YA ALLAH! ULAR!"

SALAM..

Hari ni aku nk share pasal Ular. Apa itu Ular?

Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).

hari tu.. tergerak hati untuk lepak lepak kat rumah cousin aku kat sebelah rumah je. Masa aku tengah duduk dgn uncle aku kan.. tiba tiba tu.. "YA ALLAH ULARRR! YANGG ULARR!" aunty aku menjerit panggil uncle aku. Tetiba je dgn sepantas kilat aunty aku dh ada kat depan kami dgn tercungap2 cakap ada ular kt dlm bilik dia. Aku wat xtau je sbb aku memang tkt dgn binatang yg satu tu buatnya aku dibahamnya sebab aku xtau lagi size dia kan. hahah~ 
So uncle aku pun pergila dlm bilik dia untuk cari ular yg aunty aku maksudkan.. Aunty aku dah menangis2 dah. Aunty aku memang gitu xleh nk terkejut sikit memang terus menangis lah. Aku masih berada di tempat yg sama sebab xbrani nk tengok. 15 minit uncle aku dlm bilik masih gak xjumpa ular tu. Dia keluar dan cari 'torchlight' dan masuk semula dalam bilik.Suluh punya suluh tiba2 dia nampak ular tu dan nasibb baik ular tu xdpt nk lari sebab uncle aku kepit dgn penyepit. hahaha, Begitu la kisah dia. ular tu pun sebesar ibu jari tapi boleh lah menakutkan sebab panjang ueww aku memang xleh dgn ular ni. tapi aku sempat gak amik sikit pic ular tu. 

ular yg aku sendiri xtau nama berwarna hitam putih. ignore je mata uncle aku yg tertutup tu haha.

tu je. jangan main2 dgn ular bisanya tiada tandingan! thanks and keep reading!

A SIMPLE GIFT BUT MEANINGFUL FROM A SPECIAL ONE! ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia blogger2 sekalian! 

Hari ni nak share pasal something yang sangat berharga buat aku :)

Pada Jumaat yg lepas, aku telah mendapat satu hadiah yg pada pandangan mata kasar memang xde pape pun biasa je & x berharga buat korang.. Tapi kan bagi aku benda yg aku dapat tu sangat berharga dan xakn aku lupakan.. nak tau aku dapat apa dan dari siapa? 




aku dapat topi ni! memang xberharga kan bagi korang? Aku anggp benda ni berharga sangat sebab aku dpt dr org yg aku sayang :) nak tau sape?

aku dapat topi tu dari PUAN ATIFAH BINTI MOHD :)
ex guru kelas aku last year. Cikgu ni ckp topi ni dia bagi sempena perpindahan dia ke semenanjung tahun depan & buat aku yg xde lagi kt sekolah tu tahun depan. 

Cikgu ni baik tau. tapi boleh tahan garang. Dia dah kahwin dah dalam tahun ni. sbb tu dia nak sgt pindah semenanjung spy dekat dgn suami dia :) Aku doakan cikgu ni dpt la transfer..

okay berbalik pada pemberian dia tadi. Aku bersyukur dan gembira walaupun hanya sekadar topi untuk pergi ke pantai. hahaha~ Tapi memadailah aku punya kenangan dari seorang guru kepada muridnya kan? 


sempat gak amik pic dgn margaret hari jumaat lepas dgn topi ni. Tapi tempat memang xstrategik! dalam toilet! 

p/s : TERIMA KASIH CIKGU. GOD BLESS YOU ALWAYS! SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANMU. AMIN.

PENYESALAN.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA!

Hari ni aku nk share pasal exam online aku yg lepas! Pernah kan aku share sebelum ni? Pandai2 korang cari dekat entry aku yg lepas tu. 
Okay. xnk cite pnjang2.. Aku menyesal sangat sebabbbb terlepas exam tu! Aku lupaaa laa hari tu. Aku sempat amik paper BI je! :( sedih2. Aku bayangkan kalau aku terlepas amik SPM yg sebenar? mcm mana erk? aaaa xpelah kan. Tapi tetap gak dpt sijil dr Tutor Tv! hehehe. Xpenting sgt pun cuma aku terkilan sikit la sebab excited nk duduk exam online hari tu. 

ni keputusan untuk English's paper aku. hahaha B je aku dpt! LOL -,-


Korang kalau nk buat revision baik pergi tutor tv sekarang! byk info tau~ 

thanks for reading! :D

APA ITU KUCING? APA KAITANNYA KUCING DGN ISLAM?


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.
hari ni nak share pasal kucing lak. hehehe. Check it out!

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

KUCING DAN ISLAM

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu

Itulah cerita disebalik cerita kucing ni.. Korang ingt tau! Jangan sesekali buat jahat kat kucing. Kucing itu kesayangan nabi dan kucing juga mampu mendoakan kehidupan kita di akhirat kelak. 

Aku nak share pic kucing buat tatapan korang! orang rumah aku pun suka bela kucing termasuk uncle,aunty serta cousin aku yg tak minat kucing pun sekarang dah minat sangat kat kucing! nak tengok? meh sini!


take 1

take 2 ( ada beruk sekali ) package. hahaha~

ini shemus! 

dan ini...

budak penyibuk! aa dia sibuk gak nk kacau time aku tgh amik pics. sayang budak ni! Abril Asyraf :)

p/s : kesimpulannya, jangan buat jahat kat mana2 binatang tau! mereka pun hamba Allah mcm kita. Hargai mereka. Walaupun tidak menampakkan balasan d dunia. di akhirat insyALLAH.

thanks for reading!

Monday, October 8, 2012

" I AM BLOGGER t-shirt for SALE ! "

Assalamualaikum.. 
tadi kan masa tgh revise2 comment dr blog sis lysa yg ikut segmen hari tu.. ternampak lah comment dari http://sampaicucuratap.blogspot.com ni.. tetarik dgn entry dia pasal tshirt blogger.. Aku memang nk tshirt tu satu.. so, ni buat entry sbb nya dapat sulam nama free., hehehe. korang kalau nk pun boleh join! rugi kalau dilepaskan peluang ni.. 



HARGA : RM30 (lengan pendek) sehelai termasuk pos
RM33 (lengan panjang) sehelai termasuk pos
WARNA : hitam sahaja
SAIZ : XXS hingga XXXXL (semua saiz ada)

kalau korang nak jugak macam yang Azie buat ni.. boleh lah ikuti cara2 seperti dibawah yer!


DAPATKAN SULAM NAMA PERCUMA !!
dengan cara

1. buat satu entri bertajuk " I AM BLOGGER t-shirt for SALE ! "
2. kemudian letakkan gambar di atas kemudian LINKkan ke blog sampaicucuratap
3. copy link entri dan letak di ruangan comment

nak info lebih lanjut? boleh lah click blog kakak ni okay? sampaicucuratap.blogspot.com

thanks! :D


Saturday, October 6, 2012

SEPTEMBER MELABUHKAN TIRAI, OKTOBER MEMBUKA LEMBARAN BARU.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..


Pejam celik pejam celik hari dah pun bersamaan dgn 6 Oktober 2012 :) September telah pun melabuhkan tirainya dan memberi ruang kepada Oktober untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Alhamdulillah Aku masih diberi peluang untuk bernafas di bulan Oktober ini. 

Banyak kenangan pd September yang dah terjadi. Pengalaman pahit, manis semua ada. Semuanya sudah tersimpan rapi didalam kotak kenangan. Sekarang tibalah bulan baru untuk mencipta sejarah baru & kenangan baru untuk ditambahkan pd kotak kenangan.

Oktober ni mcm2 yg ingin dilakukan & mcm2 persediaan yg akan dibuat & dihadapi bagi menunggu tibanya hari penentuan masa depanku pada bulan November nanti. 

Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar & dipermudahkan olehNya. kerana kita hanya insan biasa yg merancang dan percaya bahawa Tuhan yg menentukan segalanya2..

Semoga di bulan yg baru ini mampu merubah diri kita dan mampu meningkatkan daya pemikiran kita ke arah yg lebih baik dan berjaya! AMIN :)

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia! 

tadi kan masa aku tengah buat blog-walking kt blog sis dedeq tadi ,sis dedeq's blog! ternampaklah segmen sis Lyssa ni. hati ni mcm tergerak je nk join oleh kerana xde apa nk buat hari sabtu ni~



entry korang mestilah memasukkan maklumat2 yg berikut yer!

kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la ..

1 - kenapa korang brblog?
jawapan : mula2 tu hanya untuk suka2 & dalam masa yg sama mencari pendapatan sampingan untuk diri. tapi setelah lama dalam dunia blogging ni jadi mcm addiction pulak & yg paling penting adalah untuk berkongsi kisah kehidupan untuk tatapan semua serta tempat untuk melepaskan rasa suka,sedih geram & sebagainya..

2 - macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging?
jawapan - blog ni saya mula2 kenal melalui seorang sepupu yg memang sudah lama dalam dunia blogging ni. So, dia pun menyarankan saya agar membuka satu account untuk blogging. Dari situ lah saya boleh terjebak dgn dunia blogging ni dari dulu sampai la sekarang.

3 - Apa tujuan utama/asal korang berblog?
jawapan - tujuan utama saya berblog adalah untuk mencurahkan segala isi hati yg tidak dapat diluahkan kepada sesape. Selain itu, untuk berkongsi pelbagai perkara untuk tatapan umum di samping menambahkan pengetahuan dgn menjalankan aktiviti blog walking. hehehe.

4 - Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
jawapan - blog saya menarik kerana pelbagai kisah yg saya kongsikan untuk tatapan umum bukan sahaja tentang kehidupan seharian tetapi berkongsi jugak tips2 yg baik buat semua peringkat umur. Kisah kehidupan saya yg saya lalui sepanjang saya berblog & mcm2 lagi perihal peribadi mahupun umum :)

5 - siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging
jawapan - sepupu saya adalah sumber inspirasi saya kerana dialah yg memperkenalkan saya dgn blog & dia jugalah yg mgajar saya untuk blogging! &tidak lupa jugak kat teman2 blogger yg sangat aktif dlm mengupdate dan tips2 yg diberi memang terbaikkk! 

SEGMEN berlangsung pada : 06 Oktober 2012 - ( 9.00 pagi - 9.00 malam ) - 12 jam sahaja 


SELAMAT MENCUBA!!