nuffnang :D

Wednesday, January 19, 2011

UR MIND? UR SOUL

Balance Your Mind


Have you ever wondered why we sometimes feel happy and sometimes we feel sad or angry. Well, I'm sure the first answer you'll give is that the events around us affect our emotions.
Actually, when you really think about it, its not the events or our surroundings that affect our emotions, its how we accept the events surrounding us. Our attitude towards them.
If a loved one dies we would be devastated. But if we see that death is something unavoidable. If we understand that if we are born we must die. If we understand that death is part of life, part of nature, then what would your emotions be towards the event of death.
Similarly, we must accept that a gain in life is also not something we should be jumping around in felicity. Being happy is good. Yes enjoy the moment, but understand that someday it will slip away from you. Always understand that everything is transient, impermanent. So the more you grip onto something the more you'll be sad when it departs from you.
So think about it, Balanced mind is the key to permanent happiness. 

Monday, January 17, 2011

AWESOME WEEK + BUSY WEEK :)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia to all my blogger friends :)
Baru hari nie Azie berkesempatan nak tulis blog ni balik. 2 minggu lepas Azie memang busy sikit lahh.Al maklumlah baru jer masuk sekolah baru nie. Minggu lepas kami orientasi. Minggu nie pulak baru je start belaja dlm kelas. Hari nie sesi perkenalan kami dengan cikgu2 yang mengajar kami. Best lah kat sekolah baru nie. Awesome lah! :) jumpa kawan2 baru,cikgu baru semua baru lahhh. hehehehehe :DD

Mungkin dalam 2 3 minggu nie Azie busy lah sikit sbb baru jer nak mula sesi pembelajaran kan. so mesti busy dgn homework and etc. Sekarang Azie sibuk tolong Aunty Azie kat kedai makan die pulak. So, takde mase lah nak bukak blog nie selalu. Jarang Azie nak update lepas nie. Tapi Azie xkan pernah lupekan kawan2 blogger nie :)

Kat sekolah baru tu Azie amik Course Catering :) Oleh kerana Azie xhebat dalam bab masak memasak nie sebabtu lah Azie amik course tu. mane lah tahu satu hari nanti leh jadi chef or buka kedai makan sendiri. hahahaha berangannn nyerr :)

:Azie ditempatkan kat dalam kelas 4 KAT 1 . Dalam kelas tu ade 27 orang jer pelajar :)
Tapi walaupun 27 orang rase macam 100 org jer. Nakal mcm monyettttt. huh~ Tapi seronok gak lah dpt kwn2 baru dr pelbagai budaya dan agama :)

Oklah kawan2.. sampai sini dulu untuk entry kali nie k :) Kalau ade mase nanti Azie sambung balik. take care. SALAM :)

Friday, January 7, 2011

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

#Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



Meninggal Dunia



Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Sumber: mstar.com.my

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Faizal Yusof. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.

FUHHHHH 2011 YANG MENCABAR!

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia semua :)

Apa kbr semua pembaca? Sihat? Mesti korang rindu kat Azie kan? hehehehehe Lama sudah Azie tidak mencoret kt sini hehehe busy sikit almaklumlah sekolah baru jer bukak n kene urus ni dan itu sungguh memenatkan. Actually, tidaklah sesusah itu cume Azie nie masok asrama hari Selasa tu tapi keluar balek hari Rabu. hahahaha disebabkan tidak tahan duduk hostel tu la Azie keluar dr sekolah tu. Lepas tu kene urus pertukaran sekolah plak. Alhamdulillah sekarang semuanya sudah selesai.. Hari isnin ni Azie mendaftar kt SM VOKASIONAL KUCHING :) Hope semua berjalan dengan lancar lah isnin ni trus mula orintasi :) Semoga dipermudahkan segala urusan Azie :) Aminn :D

Sampai sini dululah buat masa ni . Nanti Azie sambung balek k? Assalamualaikum :)